Pages

Monday, November 26, 2012


Semasa ditugaskan menjaga keselamatan di sempadan Thailand, saya juga terkenang satu peristiwa di pagi Hari Raya Aidil Fitri tahun 1969. Pada hari lebaran tersebut, jam 0600, pasukan saya telah dikerahkan ke Kampung Kok Mah. Di sini, sebuah jambatan keretapi yang menuju ke Thailand telah diletupkan oleh segerombolan PK. Pasukan saya telah ditugaskan untuk menjaga keselamatan sekitar jambatan tersebut sehingga pasukan bantuan tiba. Pada jam 1700, barulah bantuan tiba dan saya telah diarahkan kembali ke pangkalan di Changlun, Kedah. 

Semasa dalam perjalanan pulang ke pangkalan, setibanya di Arau, saya telah di jemput oleh Raja Muda Perlis semasa itu (Tuanku Syed Sijajuddin Ibni Tuanku Syed Putra Jamalulai) untuk jamuan Hari Raya di Perkarangan Istana di Arau. Untuk makluman, Tuanku Raja Muda Perlis sempat bertugas di Rejimen Kedua Peninjau Malaysia yang bertempat di Mentakab dan Kuantan, Pahang. Alangkah gembiranya kesemua ahli-ahli pasukan saya dapat merasai juadah Hari Raya yang disediakan oleh pihak Istana. Apabila tiba di pangkalan, kesemua persiapan juadah Hari Raya yang kami siapkan sehari sebelum semuanya telah rosak dan basi. Alangkah sedih rasa di hati apabila melihat linangan air mata anggota- anggota yang menyediakannya.

Selepas itu, saya telah ditumpangkan ke A Squadron 1 Peninjau di Kem Perisai, Tasik Biru, Bau, Divisyen Pertama, Sarawak, di bawah Squadron Leader Captain Joe Tan Soon  Aun dan kemudiannya di bawah Squadron Leader Allahyarham Major Abdul Rahman Mohammed. Semasa di A Squadron 1st Rejimen Peninjau, saya sempat menjalani 'Operation Jala Raja' yang berkesudahan dengan amat memberangsangkan dan telah mendapat kejayaan yang paling cemerlang.  A Squadron 1 Peninjau telah mengharumkan nama baik Pasukan. Banyak pengganas komunis dapat dibunuh dan ditawan. Pusat latihan kadre komunis dapat dimusnahkan dan sedikit sebanyak telah membantutkan perkembangan kegiatan Pengganas Kominis yang baru hendak berkembang di sekitaran Sarawak pada masa itu.

Semasa di Rejimen Pertama Peninjau Malaysia, saya  telah dihantar menghadiri kursus asas Senjata di Pusat Lahitan Pegawai (LATEDA), Port Dickson dari 23 October 1969 hingga 2 Disember 1969 dan seterusnya Kursus Pegawai Perisikan Rejimen di Kuala Lumpur dari 11 Mac 1970 hingga 4 April 1970.

Pada June 1970, saya telah ditukarkan ke Rejimen Ketiga Peninjau Malaysia yang bertempat di Remmiles Camp, Ahsby Road Ipoh, Perak, apabila pasukan berkenaan baru saja ditubuhkan. Semasa di Regimen Ketiga Peninjau Malaysia, saya telah dihantar untuk menjalani kursus asas Young Officer Recce Course di Latehan Tentera Darat (LATEDA) pada 22 September 1970 hingga 12 Disember 1970 dan kursus Peperangan Urat Saraf (Psychological Operation/Warfare) di Pusat Latihan Risik, Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, pada 26 September 1971 sehingga 2 Disember 1971.

1 comments:

Nur Emyinda said...

Salam Master Ginn,

The legacy of heroes is the memory of a great name and the inheritance of a great example. Likewise stated by MG, the brave never die, though they sleep in dust. Thus,their courage nerves a thousand living men. MERCI BEAUCOUP to you MG and all of your colleagues @ ex-servicemen for all the commendable acts of bravery and a job well done. BRAVO...

May ALLAH THE ALMIGHTY AND THE MOST GRACIOUS bless all of you soldiers with the best life has to offer...

P/S The point is, not how long we live, but how nobly we live. That is what all of you have done...The nation owes you...

Post a Comment