Pages

Monday, November 26, 2012


Pahlawan Yang Luput dimakan Zaman.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgLEmavCUL0k1YA88stjrgBqr01_89o7Cpi7kfyYZEXMJAlbrf8ekHFBLd_Xi0RLyMagnmcWt7Fi3cbI5viUtp5nW20vVPhM2oQVvTD0S9jP5_0FP3Avy6R8i6qsQYGpQHiney5wYIh5dU/s200/saleh.jpg

Saya, Mejar Dato Salehuddin Abd Muttalib, telah dilahirkan pada 16 haribulan November 1948 di Rumah Guru, Sekolah Melayu Jalan Sungai Nibong, Telok Anson (Telok Intan) Perak, merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik beradik. Bapa saya, Tuan Haji Abdul Muttalib bin Haji Abdul Rahman, adalah saorang guru berkelulusan dari Maktab Sultan Idris, Tanjung Malim (Sultan Idris Teachers College) pada tahun 1942 selepas Perang Dunia Kedua. Ayah beliau telah memasuki Maktab Sultan Idris pada tahun 1940 dan pengajian beliau tergangu semasa Perang Dunia dan sambung semula selepas Askar Askar Jepun menyerah. Saya mendapat pendidikan awal dari darjah Satu hingga Dua di Sekolah Melayu Jalan Sungai Nibong, Telok Anson (Telok Intan) sebelum berpindah ke Sekolah Melayu Jalan Birch, Ipoh, Perak dari Darjah Dua dan Darjah Tiga. Selepas itu, saya telah berpindah lagi ke Sekolah Melayu, Kampong Melayu, Aerodrome, Ipoh, untuk sementara waktu.  Pada tahun 1958, saya ditempatkan di Sekolah Melayu Jalan Pasir Putih, Ipoh. Pada tahun 1959, setelah lulus peperiksaan kelayakan untuk memasuki sekolah Inggeris, saya telah ditempatkan di Darjah Sepecial Malay Class 1, St Micheal’s Institution Primary School; seterusnya Special Malay Class 2 dan Darjah Enam hingga tahun 1961. Pada tahun 1962, saya berada di St Micheal’s Institution, Ipoh,  di Tingkatan 1 sehingga tamat pengajian saya di Tingkatan 5 pada tahun 1966. Semasa dalam pengajian saya di Sekolah St Micheal’s Institution Ipoh, pengajian saya telah dibiayai olih Kerajaan dan di bantu olih Sekolah ini sendiri.

Permainan rugby, hockey dan kricket merupakan sukan yang paling saya minati. Saya mempelajari permainan rugby itu daripada anggota anggota 13/18th Royal Hussars Regiment, Remmelles Camp, Ipoh, yang kebetulan bertempat dibersebelahan dengan rumah kediaman saya di Transit Quarters, Ashby Road, Ipoh. Kadangkala saya dijemput berlatih, bermain bersama dengan pasukan Royal Hussars Regiment itu. Saya pernah mewakili Negeri Perak dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam sukan rugby, cricket dan hockey. Saya pernah mewakili Negara dalam sukan rugby. Semasa saya dibangku Sekolah saya telah mewakili Negeri Perak dan semasa itu dinamakan North Malaya didalam sukan kriket.

Dengan sebab itu, saya telah digalakkan oleh seorang kenalan daripada 13/18th Royal Hussars Regiment untuk menceburi dalam bidang ketenteraan agar minat dan bakat  permainan rugby mendapat pendedahan yang lebih meluas lagi.

Semasa berlajar di St Micheal Institution, Ipoh, minat saya dalam ketenteraan bermula dengan  menceburi Pasukan Kedet Bersatu (Kadet Tentera) semenjak Tingkatan Satu lagi, iaitu pada tahun 1962 sehingga saya berada di Tingkatan Lima pada tahun 1966. Dengan memasuki Kadet Tentera Bersatu ini, ia adalah asas  bagi saya mula berjinak-jinak untuk menceburi ATM. Semasa di dalam Tingkatan Empat, Pasukan Kedet Bersatu St Micheal’s Institution telah menganjurkan satu ‘Annual Camp’ bersama-sama dengan Rejimen Kelima Askar Melayu DiRaja yang bertempat di Kem Remelles Ashby Road, Ipoh. Di sini saya telah dilatih cara-cara untuk menembak, membaca peta dan juga berkawat. Kami telah di tempatkan di satu berek yang mana kami dikehendaki hidup sebagai seorang tentera. Pengalaman ini telah mendorong saya serba sedikit untuk menceburi didalam bidang ketenteraan. Galakan daripada sepupu saya, Major Abu Sofian bin Abd Rashid (Royal Electrical Mechanical Engineering yang berpangkalan di Singapura ketika itu), sedikit sebanyak telah menaikkan semangat saya untuk memasuki ATM. Sekembali beliau dari Congo setelah berkhidmat dibawah panji panji Bangsa Bangsa Bersatu beliau telah menunjukan saya gambar gambar semasa beliau berkhidmat dengan FACR (Federation Armoured Car Regiment – Sekarang dikenali sebagai 2 Peninjau). Ini telah mengalakan lagi kecenderungan saya untuk memasuki angkatan tentera.

Selain mendapat galakan daripada kenalan, minat yang telah sedia wujud dalam jiwa saya untuk menjadi seorang anggota tentera juga telah menyebabkan saya menceburi bidang ketenteraan walaupun tidak disenangi oleh kedua Ibu Bapa saya, selepas menamatkan pelajaran pada peringkat Senior Cambridge. Kedua ibu bapa ingin melihat saya menjadi saorang guru sekolah demi untuk meneruskan perjuangan Bapa saya di dalam bidang pendidikan. Saya pernah pergi bertemuduga dan memasuki ujian sebagai guju pelatih di Ipoh. Sebelum memasuki Angkatan Tentera Malaysia, saya sempat berkerja sambilan selama 2 bulan sebagai penjual insuran nyawa bersama dengan Malaysian Cooperative Insurance Society.

Pada bulan December 1966, saya bersama dengan jiran baik sejak kecil sekampung, Mohamad Azumi Mohamed (General Dato Seri Mohd Azumi Mohamed, Bekas Panglima Tentera Darat), telah memohon untuk memasuki ATM sebagai Pegawai Kedet di Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi. Setelah lulus kesemua temuduga dan pernilaian yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pemilihan ATM, saya memulakan kerjaya saya dalam ATM sebagai Pegawai Kedet Tauliah Jangka Tetap Panggilan ke-11. Pada 5hb Mei 1967 dengan waran keretapi Kelas 2, berangkatlah saya dari Ipoh untuk satu perjalanan yang akan mencorakkan masa depan saya. Mulai 6hb Mei 1967, Nombor Tentera 410320 inilah pengenalan diri saya selama 18 tahun. Saya telah ditauliahkan pada 12hb April 1969 kepasukan pilihan saya iaitu Rejimen Peninjau Malaysia dan bertugas di Pasukan Rejimen Pertama Peninjau Malaysia (1st Malaysian Reconnaissance Regiment) yang berpengkalan di Kem Sunggala, Port Dickson, Negri Sembilan.


0 comments:

Post a Comment